awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Rosmah kata ‘Can I say something?’ ketika bicara saman barang kemas
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Skudai

Bernama
Bernama
11/02/2021
10:36 MYT
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Skudai
Polis aduan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 7.30 pagi. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 7.30 pagi.
Beliau berkata bayi itu diletakkan di luar pagar dengan beralaskan kain dan kertas.
"Ketika dijumpai, bayi yang memakai baju hijau putih bercorak kartun itu dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.
"Bayi itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Rupiah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5562 222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#kesihatan
#polis
#Johor Bahru
#penjara
#Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan