awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak turun bawah US$100 setong didorong rundingan gencatan senjata
Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
CEO TFC Sheikh Farouk letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan diletak dalam beg ditinggalkan di tepi jalan

Bernama
Bernama
21/09/2020
23:12 MYT
Bayi perempuan diletak dalam beg ditinggalkan di tepi jalan
Bayi berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil. --fotoBERNAMA
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah beg dengan hanya beralaskan kain batik, kira-kira 2 petang.
"Polis menerima maklumat daripada orang ramai memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi jalan berhampiran balai raya tersebut.
"Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Tenglu, sebelum dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.
Bayi berkenaan yang dipercayai baru berusia 24 jam, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baru lahir
#bayi
#beg
#buang bayi
#Cyril Edward Nuing
#Mersing
#siasatan
#tepi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan