awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air bersih pulih sepenuhnya secara berperingkat

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
06/10/2020
16:01 MYT
Bekalan air bersih pulih sepenuhnya secara berperingkat
Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
KUALA LUMPUR :Bekalan air bersih dari Kolam Imbangan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah lulus ujian kualiti serta pematuhan standard dan gangguan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama.
Pengguna kumpulan pertama yang merangkumi 145 kawasan akan mula mendapat bekalan air seawal jam 12 tengah malam 7 Oktober sehingga 6 petang hari yang sama.
Senarai kawasan dan jadual pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor.
Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Dalam pada itu, bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#air bersih
#pencemaran air
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan