awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor pulih sepenuhnya hari ini

Bernama
Bernama
08/09/2020
07:56 MYT
Bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor pulih sepenuhnya hari ini
Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah. - Gambar fail
Bekalan air di semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan pulih sepenuhnya hari ini, kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri.
Beliau berkata sebanyak 65 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan bekalan di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur setakat 12.30 tengah hari ini.
Katanya peratusan pemulihan air di Gombak adalah 98.18 peratus; Petaling (97.37 peratus); Klang/Shah Alam (80.79 peratus) manakala Kuala Lumpur 92.71 peratus.
"Secara keseluruhannya, 1,227 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 94.97 peratus.
"Terdapat satu kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalamkawasan kumpulan satu yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam 7 Sept. Sementara 13 kawasan yang berada dalam kumpulan dua juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam tadi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Elina berkata Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan bekalan di kawasan-kawasan terlibat
Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor, katanya.
Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan air
#Hulu Selangor
#Klang
#Kuala Langat
#Kuala Selangor
#Loji Rawatan Air Sungai Selangor
#Petaling
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan