awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Rosmah kata ‘Can I say something?’ ketika bicara saman barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air: Kemarau punca 3 LRA di Kedah alami penyusutan air - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/02/2021
12:43 MYT
Bekalan air: Kemarau punca 3 LRA di Kedah alami penyusutan air - Sanusi
Sanusi berharap agar penduduk di negeri itu bersabar sehingga lima LRA baharu dibina siap dibina sepenuhnya pada 2024. - Gambar fail
ALOR SETAR:Musim kemarau yang melanda Kedah sejak awal Januari menjadi punca utama yang menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) mengalami penyusutan air ketara sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, LRA yang terjejas adalah LRA Tupah, Merbok dan Gurun.
Katanya, LRA Tupah mengalami penyusutan daripada 18 juta liter sehari sebelum ini kepada 10 juta liter; LRA Merbok (13 juta liter kepada 0.96 juta liter) dan LRA Gurun (lima juta liter kepada 3.2 juta liter).
"Keadaan kemarau telah menyebabkan tiga loji terbabit tidak mampu memaksimumkan pengeluaran air bersih akibat sumber air Gunung Jerai menjadi kering.
"Agihan bekalan air bersih kepada pengguna akan terjejas terutama melibatkan kawasan tinggi dan kawasan yang berada di hujung sistem perpaipan iaitu melibatkan kawasan Merbok, Tanjung Dawai, Semeling, Gurun dan Bedong," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Menurutnya, ketika ini Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah menggerakkan 25 lori tangki termasuk lori yang disewa khas bagi tujuan membawa bekalan air ke kawasan terjejas.
Katanya, penghantaran juga akan dibuat secara harian di sekolah, klinik, masjid, surau dan premis kerajaan selain tangki statik yang diletakkan di kawasan yang terjejas.
Sanusi berharap agar penduduk di negeri itu bersabar sehingga lima LRA baharu siap dibina sepenuhnya pada 2024.
Topic Berkaitan
#kemarau
#Kedah
#gangguan
#bekalan air
#LRA
#Gurun
#tupah
#Merbok
#Tanjung Dawai
#Bedong
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan