awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan bawang negara mencukupi - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
09/12/2023
10:08 MYT
Bekalan bawang negara mencukupi - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya sudah membuat persiapan sekiranya berlakunya perkara sebegini. - Foto Bernama
MELAKA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan bawang tidak akan terjejas susulan kerajaan India mengeluarkan larangan eksport bawang bermula semalam.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya sudah membuat persiapan sekiranya berlakunya perkara sebegini.
"Saya belum mendapat pengesahan rasmi, namun saya jamin tidak akan berlaku kekurangan bekalan bawang di negara ini.
"Bekalan (bawang) ada sahaja kerana kita turut import dari China, Thailand dan Pakistan serta beberapa negara lain," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Melaka 2023 di sini hari ini.
Berhubung isu sama ada akan berlaku kenaikan harga makanan itu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata perkara berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bernama hari ini memetik laporan Direktorat Perdagangan Luar Negeri India yang menyatakan kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan hingga 31 Mac tahun depan, bagi meningkatkan bekalan domestik.
Kenaikan harga makanan berkenaan boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik terutama menjelang pilihan raya Parlimen di negara itu tahun depan.
India merupakan pengeksport terbesar bawang ke negara ini iaitu 36 peratus, manakala China dan Thailand masing masing sebanyak 20 dan tujuh peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan bawang
#Mohamad Sabu
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#larangan eksport bawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan