awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan darah di Sabah dijangka merosot 20 peratus tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2021
22:21 MYT
Bekalan darah di Sabah dijangka merosot 20 peratus tahun ini
Stok bekalan darah di Sabah dijangka merosot sebanyak 20 peratus pada tahun ini. -Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Stok bekalan darah di Sabah dijangka merosot sebanyak 20 peratus tahun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata faktor kemorosotan itu ekoran pembatalan lebih 200 kempen derma darah yang melibatkan sasaran awal 6,000 pendermaan.
"Sejak gelombang ketiga jangkitan COVID-19, aktiviti derma darah di Sabah telah menurun.
"Isu ini semakin meruncing pada bulan Ramadan dan dijangka berlanjutan sehingga Pesta Kaamatan.
"Walaupun hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh Sabah telah mengambil langkah berjaga-jaga, namun pelaksanaan Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP) memberi impak kepada stok bekalan darah sedia ada.
"Penyusutan tersebut perlu diatasi dengan kadar segera agar stok bekalan darah untuk pesakit tidak mencecah paras kritikal yang boleh menjejaskan perawatan pesakit," katanya.
Beliau yang juga Jurucakap COVID-19 Sabah berkata demikian dalam laporan hariannya pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai isu itu, perkhidmatan perubatan tranfusi negeri Sabah kini menyasarkan kutipan 1,800 penderma seminggu bagi menampung keperluan dan berada di paras selamat.
"Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menyeru serta menggalakkan seluruh rakyat Sabah untuk menderma darah dengan menghubungi tabung tabung darah terdekat," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Masidi berkata, satu kluster baharu direkodkan di Sabah melibatkan Klusters Keramat di Semporna.
Jelas Masidi, kluster berkenaan berlaku di Mukim Tampi-Tampi dengan membabitkan kes indeks seorang pekebun lelaki berusia 73 tahun yang dilaporkan pengsan di kebun berhampiran rumahnya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#derma darah
#Masidi Manjun
#KKM
#perkhidmatan perubatan tranfusi
#bekalan darah
#PKP
#PKPB
#PKPP
#Kementerian Kesihatan
#kempen derma darah
#Pesta Kaamatan
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan