awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/03/2022
02:11 MYT
Bekas ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia
Difahamkan Allahyarham menghidap kanser dan turut disahkan positif COVID-19 sebelum ini.
MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia pada pagi Selasa.
Allahyarham berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya kira-kira jam 3.42 pagi tadi.
ADUN Asahan yang juga Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan mengesahkan perkara itu.
Jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan.
"Allahyarham meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) jam 3.42 pagi tadi.
"Solat jenazah ghaib akan dibuat di Surau Al Huda Seri Pengkalan selepas selesai pengebumian. Jemput semua yang berkelapangan," jelasnya.
Difahamkan Allahyarham menghidap kanser dan turut disahkan positif COVID-19 sebelum ini.
Allahyarham sebelum ini merupakan Timbalan Exco Belia Dan Warisan dan pernah menjadi ADUN Rembia bagi penggal 2008 sehingga 2018.
Topic Berkaitan
#Datuk Norpipah Abdol
#meninggal dunia
#Adun Rembia
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan