awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas inspektor polis dihukum penjara, denda RM15,000 akibat terima rasuah

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/11/2017
10:17 MYT
Bekas inspektor polis dihukum penjara, denda RM15,000 akibat terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan dalam satu kes kesalahan rogol. - Gambar hiasan
Seorang bekas inspektor polis dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM2,000, dua tahun lalu.
Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, P Kavikumar, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada Mohd Zulhafizi Wan Mohd Zulkefly, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kononnya atas kesalahan merogol di Jalan Bukit Bakar, Machang pada jam 6 petang, 13 Januari 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kelantan, Shahidah Muslimah Roslan mencadangkan supaya hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran.
Beliau berkata, tertuduh sebagai anggota polis sepatutnya memberi perlindungan kepada orang awam, namun mengambil kesempatan atas perkara berkenaan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukumannya dikurangkan atas alasan bekerja sebagai pemandu teksi dan perlu menyara keluarga termasuk tiga adik yang sedang belajar serta ayahnya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU).
Adli kemudiannya menetapkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini dan denda RM15,000. Sekiranya gagal, hukuman penjara ditambah selama 12 bulan.
Topic Berkaitan
#denda
#Hukuman
#jenayah
#mahkamah
#penjara
#polis
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan