awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia

Bernama
Bernama
10/11/2014
03:55 MYT
Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia
Allahyarham dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006 menggantikan Tan Sri Norian Mai. Foto Bernama
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser. Beliau berusia 66 tahun.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Asmawati Ahmad mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.
Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.
Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai.
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Polis Negara
#Institut Kanser Negara
#Putrajaya
#Tan Sri Mohd Bakri Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan