awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengetua STAR dinobat Tokoh Guru Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
09/11/2021
22:45 MYT
Bekas Pengetua STAR dinobat Tokoh Guru Perak
Saarani (dua dari kiri) menyempurnakan penganugerahan Tokoh Guru Negeri Perak 2021 kepada Abdul Hashim pada sambutan Hari Guru Negeri Perak Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUALA KANGSAR: Bekas Pengetua Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Perak 2021 sempena Hari Guru Negeri Perak pada Selasa.
Abdul Hashim Abdul Karim, 63, berkata, sepanjang 37 tahun berkhidmat sebagai guru, itu pertama kali beliau menerima Anugerah Tokoh Guru.
Menurutnya, penganugerahan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus menyumbang peranan kepada masyarakat walaupun sudah mengakhiri perkhidmatan pada tahun 2019.
"Dengan anugerah ini akan memberi lagi motivasi untuk menyumbang bukan setakat di negeri Perak tetapi untuk negara kita terutama dalam bidang pendidikan.
"Sesiapa sahaja berhajat, saya akan berkongsi pengalaman dan kepakaran.
"Saya ingin berpesan kepada guru-guru di luar sana, yang muda-muda, nawaitu paling penting. Kita buat yang terbaik, kita perlu anggap anak orang lain seperti anak kita dan ALLAH akan memberi yang terbaik untuk anak kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Hari Guru Negeri Perak Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak, di sini pada Selasa.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Berasal dari Teluk Intan, Abdul Hashim memulakan perkhidmatan pada tahun 1984 di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan selama 23 tahun.
Beliau kemudian berhijrah ke Sekolah Menengah Teknik Taiping sebelum menjadi Pengetua STAR pada tahun 2010 sehingga bersara.
Disyorkan artikel ini: Tempoh 14 hari bukan diputuskan MKT UMNO 'Henti tuding jari, sama-sama bantu mereka memerlukan' Pengetua maahad dinobat Tokoh Utama Maulidur Rasul Kedah Sepanjang karier sebagai pendidik, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak lima kali selain menjadi Pengetua Cemerlang.
Menurutnya, kepuasan menjadi guru apabila melihat keberhasilan anak-anak didik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
Selepas bersara, Abdul Hashim kini menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan pertanian dengan mewujudkan Kebun Komuniti di Taman Meru Perdana, Ipoh.
Selain itu, beliau merupakan Pengerusi Jamaah Pengurusan Sekolah Pusat Pendidikan Al Hidayah dengan menguruskan lima sekolah di bawah organisasi tersebut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Bekas Pengetua Sekolah Tunku Abdul Rahman
#Tokoh Guru Negeri Perak 2021
#Hari Guru Negeri Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan