awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan

Bernama
Bernama
12/11/2024
09:00 MYT
Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan
Hakim Muniandy menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan kes seterusnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan menggalakkan ideologi dan membenarkan perjumpaan berkaitan aktiviti keganasan di rumahnya di Pulai, Johor Bahru.
Abdullah Daud, 70, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim K. Muniandy ketika sebutan kes itu hari ini.
Hakim Muniandy kemudian menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan kes seterusnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majib, Siti Hajar Mat Radzi dan Lina Hanini Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Farida Mohammad.
Abdullah didakwa dengan pengetahuan menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas dengan cara menanamkan fahaman ideologi keganasan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di rumahnya di Jalan Takwa Kampung Melayu, Kangkar, Pulai di Johor Bahru antara 3 Sept 2023 dan 14 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Warga emas itu juga didakwa sebagai pemilik rumah berkenaan membenarkan perjumpaan diadakan di dalam rumah itu bagi tujuan aktiviti keganasan pada lokasi dan tarikh serupa, mengikut Seksyen 130H(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pensyarah didakwa
#menggalakkan ideologi
#Abdullah Daud
#aktiviti keganasan
#Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan