awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Setiausaha Politik Selangor umum keluar PKR

Bernama
Bernama
11/08/2014
12:00 MYT
Bekas Setiausaha Politik Selangor umum keluar PKR
Bekas Setiausaha Politik Selangor umum keluar PKR - Gambar fail
Bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.
Faekah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini, menyifatkan parti yang didukungnya sejak tahun 1999 itu juga dilihat lari daripada landasan asal penubuhannya.
Katanya, prinsip parti yang diperjuangkan pucuk pimpinan selama ini gagal dipatuhi terutamanya dalam menangani isu berbangkit dan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor mengikut tatacara yang betul.
"Perjuangan parti ini telah lari dari landasan asal akibat nafsu pemimpin yang gagal mematuhi adab dan adat dalam memimpin sebuah kerajaan.
"Oleh itu, adalah lebih baik bagi saya meninggalkan parti kerana tiada apa-apa lagi yang boleh saya harapkan darinya," katanya dalam SMS tersebut.
Faekah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menghantar surat keluar parti itu kepada Ibu Pejabat PKR.
Menurut surat berkenaan, Faekah menganggap tindakan yang diambil pemimpin parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan PKR.
Topic Berkaitan
#ADUN
#disiplin
#faekah
#Keadilan
#Khalid
#PKR
#PR
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan