awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Subsidi upah dilanjutkan tiga bulan lagi, lebih bersasar

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
10:54 MYT
Belanjawan 2021: Subsidi upah dilanjutkan tiga bulan lagi, lebih bersasar
Kerajaan telah menyalurkan RM12.5 bilion bagi membiayai Program Subsidi Upah namun masih ramai pekerja terutamanya dalam sektor pelancongan terjejas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah secara bersasar dengan bayaran RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 ke bawah.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, program berkenaan akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi.
“Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar, khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
"Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.
"Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan dan dijangka akan membantu kira-kira 70,000 majikan dan 900,000 pekerja," katanya dalam sesi Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Terdahulu, beliau berkata sehingga 31 Oktober lalu, kerajaan telah menyalurkan RM12.5 bilion bagi membiayai Program Subsidi Upah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta.
“Inisiatif ini akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021.
“Di bawah inisiatif ini, 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti jururawat, medical attendant, pegawai kebajikan masyarakat, serta guru sementara.
“Manakala syarikat GLC pula akan menyediakan 15,000 peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insurans, takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga.
“Bagi menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025," katanya.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Topic Berkaitan
#subsidi
#Subsidi upah
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul
#Belanjawan 2021
#Belanjawan
#bajet
#GLC
#GLIC
#majikan
#Pekerja
#Program Subsidi Upah
#MySTEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan