awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2018
06:46 MYT
Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen
Belum ada permintaan atau arahan dari mana-mana agensi untuk berbuat demikian, kata Mustafar. -Astro AWANI / Shahir Omar
Jabatan Imigresen akan menyenaraihitamkan nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada ke luar negara jika terdapat permintaan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, setakat ini tidak ada permohonan untuk berbuat demikian daripada mana-mana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia.
“Siasatan dilakukan oleh pihak SPRM dan polis, jika ada permintaan dari mana-mana agensi untuk membuat sekatan perjalanan ke luar negara, pihak kami akan melaksanakannya,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Tampar Sedia Berjasa Piala Ketua Pengarah Imigresen di Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN) pada Sabtu.
Mustafar berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid akan disenarai hitam daripada keluar negara selepas pasportnya diserahkan kepada mahkamah semalam.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menghadapi 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#mahkamah
#Mustafar Ali
#polis
#Presiden UMNO
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan