awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum masanya Sarawak buka pelancongan domestik - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2021
06:57 MYT
Belum masanya Sarawak buka pelancongan domestik - Abdul Karim
Abdul Karim turut mengesa agar mana-mana pihak berhenti mensensasikan isu COVID-19 yang akhirnya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. - Foto BERNAMA
KUCHING: Sarawak belum bersedia membuka sektor pelancongan domestik berikutan kes COVID-19 di negeri itu yang masih berada pada paras membimbangkan.
Mengulas lanjut Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sarawak merupakan antara yang terbaik, cadangan menjadikan Kuching sebagai kawasan gelembung hijau pertama di Sarawak masih belum sesuai dilakukan ketika ini.
“Pada masa ini mungkin ia belum dapat diatur dahulu kerana walaupun Sarawak sudah mencapai tahap itu, tetapi negeri-negeri lain di Malaysia belum lagi sampai,”ujarnya
Bagaimanapun jelas Abdul Karim, pembukaan semula sektor berkenaan tidak mustahil dilakukan sekiranya PICK berjaya dijalankan dengan berkesan.
Beliau turut berpendapat cadangan mewajibkan pengambilan vaksin sebelum membuka kembali industri pelancongan penting untuk mewujudkan rasa selamat antara pelancong dan masyarakat setempat
Dalam pada itu Abdul Karim turut mengesa agar mana-mana pihak berhenti mensensasikan isu COVID-19 yang akhirnya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
Sebaliknya tumpuan ketika ini sepatutnya terarah kepada usaha menangani wabak dan membantu rakyat yang terjejas.
“Ini hanya akan mencetuskan amaran palsu, sebab itu saya tidak berapa suka.
“Belum apa-apa lagi dah kata ini varian Lambda sedangkan ia tidak lagi sampai ke negeri kita,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Program Meet Up Sarawak Development Athletes @ Kuching 2021 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong,di sini pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#sektor pelancongan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pandelela Rinong
#Malaysia
#Kuching
#PICK
#vaksin
#pelancongan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan