awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
10:51 MYT
Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kluster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu. - Gambar fail
KOTA TINGGI: Kerajaan dijangka akan dapat mengumumkan keputusan membenarkan rakyat merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih awal.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan hanya dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kementerian itu membuat penilaian risiko.
Beliau menjangkakan pengumuman itu akan dapat dibuat pada awal bulan puasa nanti.
“Kerajaan akan umum sama ada boleh atau tidak dalam waktu terdekat, kita pun tidak hendak ganggu orang balik kampung, hendak beli tiket kapal terbang atau bas.
“Saya akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal boleh atau tidak. Maka rakyat boleh bersedia. Bulan puasa saya akan beritahu kepada Ketua Pengarah KKM tampil dengan pengumuman, cadangan. Ini dibawah KKM sebab mereka yang buat penilaian,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini hari ini.
Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kluster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu.
Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Namun perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Rentas Negeri | Kebenaran sempena Aidilfitri akan diteliti
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#rentas negeri
#Kementerian Kesihatan
#Perdana Menteri
#hari raya
#Aidil Fitri
#bulan puasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan