awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak - KSN

Bernama
Bernama
30/08/2022
10:57 MYT
Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak - KSN
Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam akan disemak dengan Kementerian Kewangan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam akan disemak dengan Kementerian Kewangan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata bayaran tambahan khas KGT itu perlu disemak bagi menentukan sama ada kenaikan itu berlaku berterusan (snowball effect) atau hanya kenaikan pada tahun 2023 sahaja.
"(Perkara itu) kita akan teliti balik dengan Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.
BACA: PM umum tambahan bayaran khas KGT, tambah baik Kadar Tetap gaji maksimum
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KGT tambahan khas untuk penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada MAPPA XVIII yang dihadiri yang dihadiri kira-kira 4,000 penjawat awam.
Ismail Sabri mengumumkan KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang akan dibayar mulai Januari 2023. Inisiatif baharu itu akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KGT
#Kenaikan Gaji Tahunan
#penjawat awam
#disemak
#KSN
#zuki ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan