awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berhenti politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
23/12/2023
22:30 MYT
Berhenti politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma - Dr Zaliha
Dr Zaliha mengadakan perbincangan bersama pihak YTL mengenai isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul. Perbincangan turut dihadiri wakil DBKL dan Malaysia Hindu Sangam. - Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru untuk tidak lagi mempolitikkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul di sini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata perkara itu akan diselesaikan dengan kadar segera, selain satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land Development Berhad Datuk Hamidah Bakar diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan semalam.
"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
"Saya akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kadar segera dan menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya semalam.
Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswathy, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil Malaysia Hindu Sangam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#pemindahan kuil
#Kuil Nagamma Sentul
#ytl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan