Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Februari 2026.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang Pegawai Kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tahun lepas.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa. Kabinet sudah bincang tubuh RCI siasat isu Azam, ‘mafia korporat’ SPRM - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
SPRM sedang mengesan empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Pelaksanaan dibuat secara berperingkat bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas dan tidak berlaku pemberhentian secara serentak.
Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid menganggap dakwaan bahawa beliau adalah dalang di sebalik laporan penyiasatan Bloomberg berhubung pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, adalah tidak masuk akal.
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan.
9. Serah beg berisi RM1 juta kepada Lim Guan Eng, tak masuk akal tapi memang berlaku - Saksi
Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa penyerahan beg berisi wang RM1 juta kepada Lim Guan Eng di lokasi terbuka ketika beliau berpakaian rasmi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang memang berlaku meskipun kedengaran seperti tidak masuk akal.
10. PM Anwar seru manfaatkan Ramadan dengan bantu rakyat yang terpinggir
Semua lapisan kepimpinan masyarakat dan jentera kerajaan perlu memanfaatkan bulan Ramadan ini bagi menyantuni golongan yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
