Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Januari 2026.
Kementerian Pertahanan menegaskan, wanita tidak seharusnya dijadikan sebagai objek seks dan hiburan di mes Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pelan antirasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak secara besar-besaran termasuk menyemak semula semua proses tender serta perolehan bagi menutup sepenuhnya sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa.
Kementerian Pendidikan (KPM) memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memutuskan untuk bersara awal daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara pagi tadi, meningkat kepada 10 orang dengan seorang daripadanya maut.
Petronas telah memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat, selaras dengan usaha memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian sosial di negeri Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang penganjuran aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu.
Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan bersubahat dengan suaminya memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapat kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan program "Glamping With Pride" tidak diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


