awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita warga emas ditikam selepas ambil BR1M tidak benar - Polis

Bernama
Bernama
12/03/2018
06:34 MYT
Berita warga emas ditikam selepas ambil BR1M tidak benar - Polis
Polis menafikan berita yang ditularkan di media sosial. - Gambar fail
Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah bank di sini dan suspek pula ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank berkenaan.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata siasatan polis mendapati berita yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank berkenaan hari ini.
"Kejadian berlaku 11 pagi tadi dan orang awam yang nampak seorang lelaki terbaring di pekarangan bank tersebut telah memanggil anggota polis trafik yang kebetulan meronda di kawasan itu untuk membantu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lelaki tersebut yang dipercayai kurang siuman bertindak mengelar tangannya sendiri menggunakan senjata tajam di hadapan bank tersebut.
Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan maklumat palsu sehingga menggugat keharmonian awam.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#bank
#berita tular
#BR1M
#cedera
#jenayah
#kurang siuman
#viral
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan