awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Besraya laksana latihan bencana di Plaza Tol Mines Selatan esok

Bernama
Bernama
10/06/2025
13:11 MYT
Besraya laksana latihan bencana di Plaza Tol Mines Selatan esok
Latihan dengan sokongan LLM itu bagi menilai tahap persediaan kakitangan Besraya dalam menghadapi bencana terutamanya Jabatan Operasi Tol. - Google Map
KUALA LUMPUR: Besraya (M) Sdn Bhd akan melaksanakan latihan bencana melibatkan gangguan bekalan elektrik di Plaza Tol Mines Selatan esok bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Besraya dalam kenyataan hari ini memaklumkan, latihan itu dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) diadakan bagi menilai tahap persediaan kakitangan Besraya dalam menghadapi bencana terutamanya Jabatan Operasi Tol.
Menurut kenyataan itu, latihan tersebut juga bertujuan menguji kefungsian alat sokongan dan peralatan sistem tol serta pengaktifan Prosedur Tindakan Kecemasan (ERP) dilaksanakan dengan berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM Wan Salwani Wan Yusoff berkata latihan itu dapat meningkatkan hubungan baik dan komunikasi antara agensi kerajaan dan syarikat konsesi.
"Selain itu, latihan ini dapat memberi pengajaran dan pengalaman kepada petugas-petugas lebuh raya supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi sebenar," katanya dalam kenyataan sama.
Besraya juga memaklumkan pihaknya akan memastikan maklumat trafik berhubung latihan itu dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya.
"Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan petugas lebuh raya. Besraya memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya," menurut kenyataan.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Besline di 1-800-88-0999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besraya
#latihan bencana
#gangguan bekalan elektrik
#plaza tol mines selatan
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan