awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bila buka, ular tedung dah depan pintu' - Penduduk terkejut sambut 'tetamu tak diundang'

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2019
08:27 MYT
'Bila buka, ular tedung dah depan pintu' - Penduduk terkejut sambut 'tetamu tak diundang'
Menurut warga emas, Che Mat Majid, dia terkejut apabila menyedari reptilia itu cuba menceroboh rumahnya menerusi pintu hadapan.
Seekor ular tedung selar seberat 15 kilogram (kg) cuba memasuki sebuah rumah penduduk di Kampung Peria Lama di sini malam tadi.
Menurut warga emas, Che Mat Majid, dia terkejut apabila menyedari reptilia itu cuba menceroboh rumahnya menerusi pintu hadapan.
Bagaimanapun, reptilia itu tidak dapat masuk kerana ukuran kepalanya tidak melepasi celahan pintu rumah.
"Ular itu berada di bahagian bawah rumah saya. Melihat kepada saiznya, saya tidak berani untuk mengusir atau bertindak sendiri.
"Lalu, saya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membantu menangkap haiwan itu," katanya.
Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 7.30 malam.
Katanya, tiba di lokasi pada jam 7.45 malam, anggota menjalankan kerja-kerja menangkap ular sepanjang 3.2 meter itu dan mengambil masa 15 minit.
"Kita menasihati penduduk agar lebih peka dengan keadaan sekeliling rumah dan meninjau kawasan termasuk bawah rumah yang berstruktur kayu," katanya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
#Kuala Krai
#Malaysia
#tedung selar
#ular tedung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan