awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blog chedet.cc kembali beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2015
15:46 MYT
Blog chedet.cc kembali beroperasi
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini yang tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, kembali beroperasi sebelum pukul 11 malam tadi.
Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc yang tidak boleh diakses sejak petang tadi kini kembali pulih beroperasi.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, sebelum ia kembali beroperasi pada jam kira-kira pukul 11 malam tadi.
Sebelum ini jurucakap bekas perdana menteri itu, Sufi Yusof berkata pihaknya sedang melakukan ‘pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan’.
“Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sedia kala,” ujarnya.
Blog tersebut dikatakan tidak dapat diakses pengguna internet selepas Tun Mahathir memuat naik satu artikel tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Satu paparan skrin di blog itu memulangkan isyarat “This Account Has Been Suspended”.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan status blog tersebut.
Artikel yang bertajuk "1MDB" masih terpapar di blog itu.
Topic Berkaitan
#blog
#Mahathir Mohamad
#Sufi Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan