awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM dijangka kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Bernama
Bernama
02/03/2026
09:48 MYT
BNM dijangka kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Mohd Afzanizam berkata, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 meskipun menghadapi ketidaktentuan tarif dan diunjurkan mengekalkan prestasi pada tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 meskipun menghadapi ketidaktentuan tarif dan diunjurkan mengekalkan prestasi pada tahun ini.
"Setakat ini, jumlah pinjaman terus berkembang, meningkat sebanyak 4.7 peratus pada Januari 2026, walaupun pada kadar yang lebih perlahan berbanding 4.8 peratus pada bulan sebelumnya.
"Pinjaman kepada sektor isi rumah kekal pada 5.3 peratus bagi dua bulan berturut-turut, manakala pertumbuhan pembiayaan kepada sektor bukan isi rumah menjadi sederhana kepada 3.8 peratus pada Januari 2026 berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya," katanya kepada Bernama.
Oleh yang demikian, Mohd Afzanizam berkata aktiviti pemberian pinjaman dalam sektor perbankan kekal stabil, dengan nisbah pinjaman susut nilai kasar kekal rendah pada 1.40 peratus pada Januari 2026 berbanding 1.46 peratus pada Januari 2025.
"Dalam konteks ini, kos pinjaman semasa masih menyokong sektor perbankan," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, risiko yang timbul ekoran peristiwa terbaru susulan serangan ketenteraan bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati.
"Konflik itu nampaknya mungkin berlarutan, dan penutupan Selat Hormuz berpotensi mendorong harga minyak meningkat dengan ketara.
"Pada pandangan saya, BNM berkemungkinan memantau perkembangan risiko berikutan peristiwa ini dan kesan susulan terhadap sektor sebenar," katanya.
Beliau berkata bank pusat juga akan memantau sentimen perniagaan serta tindakan balas komuniti perniagaan terhadap risiko semasa.
"Menerusi pejabat wilayah seluruh Malaysia, BNM sewajarnya memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan sentimen perniagaan susulan konflik di Asia Barat," katanya.
BNM telah mengekalkan OPR pada 2.75 peratus sejak Julai 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#OPR
#pinjaman
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan