awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
12/12/2024
12:30 MYT
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Amir Hamzah Azizan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata dalam hal ini, penglibatan semua pihak berlandaskan prinsip pendekatan keseluruhan negara amat penting.
"Ini termasuk tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF), BNM serta kerjasama pihak berkepentingan seperti penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital swasta, pakar perubatan, farmaseutikal dan persatuan-persatuan pengguna.
“Sepertimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas, beberapa langkah interim dan segera sedang diperhalusi oleh BNM,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Amir Hamzah berkata antara langkah itu adalah memastikan peningkatan premium insurans dilaksanakan secara teratur dan berperingkat dan bantuan-bantuan lain untuk golongan tertentu.
“BNM juga akan terus meneliti langkah yang boleh menambah baik reka bentuk produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) dengan kadar premium lebih mampan dan boleh menggalakkan penggunaan secara berhemat.
“BNM juga menghendaki ITO untuk memperluas pilihan kepada pengguna yang terjejas, termasuk pelan pembayaran premium lebih fleksibel dan pelan perlindungan berbeza pada kadar premium lebih mampan,” katanya.
Amir Hamzah berkata, pada masa sama, MOF menyambut baik usaha KKM yang turut melaksanakan beberapa langkah selain meneliti solusi jangka panjang dalam mendepani inflasi kos perubatan di Malaysia.
“Bagi memastikan kemampanan sektor kesihatan negara ke arah penjagaan kesihatan berasaskan nilai, semua pihak dalam ekosistem kesihatan, termasuk hospital swasta dan farmaseutikal berganding bahu menangani punca utama inflasi kos perubatan.
“MOF, KKM dan BNM sentiasa peka dan akan membuat libat urus berterusan dengan pihak berkaitan termasuk sesi libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang berlangsung baru-baru ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#kenaikan kadar premium insurans
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan