awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bogel All Out: Penganjur hilang akal macam orang zaman batu - Nazri

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2017
07:57 MYT
Bogel All Out: Penganjur hilang akal macam orang zaman batu - Nazri
Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap penganjur program motivasi yang memasukkan modul berbogel secara terbuka dalam satu aktivitinya di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang. -Gambar fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur program motivasi yang memasukkan modul berbogel secara terbuka dalam satu aktiviti yang dijalankan di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang pada Sabtu.
Nazri menyifatkan modul yang diberi nama ‘All Out’ itu sebagai program kolot dan tidak mencerminkan pemikiran Bangsa Malaysia zaman sekarang.
BACA: 48 ditahan kes bogel 'All Out' di kem motivasi di Bentong
“Saya ingat mereka ni ‘berpenyakitlah’, kita marah pelancong luar negara berbogel macam di Kinabalu tapi hari ini orang Malaysia kita sendiri buat.
“Ini gila punya kerja, kolot macam orang zaman batu,” kata Nazri semasa ditemui media pada satu majlis di sini, hari ini.
BACA: Kes bogel 'All Out': Peserta tidak wajar dipersalahkan - Polis
Semalam, polis daerah Bentong mengesahkan 48 individu ditahan termasuk 39 peserta yang berbogel dalam sebuah kem motivasi yang dianjurkan sebuah syarikat perkhidmatan dari Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Bentong
#modul berbogel secara terbuka
#Nazri Aziz
#program motivasi
#pusat peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan