awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan!

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2026
14:48 MYT
Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan!
Stadium Juara, Bukit Kiara menjadi saksi wakil negara menggondol kesemua empat acara yang dipertandingkan meskipun perlawanan diheret ke tie break. - StadiumAstro
SKUAD boling padang negara membuktikan mereka mampu menggalas cabaran diberi sekaligus melunaskan hasrat Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz untuk menjadi juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara hari ini.
Tentangan sengit pihak lawan di finals berjaya diketepikan sebelum Stadium Juara, Bukit Kiara menjadi saksi wakil negara menggondol kesemua empat acara yang dipertandingkan meskipun perlawanan diheret ke tie break.
Dalam acara singles, perlawanan kategori lelaki menyaksikan Izzat Shameer Dzulkeple meneruskan momentum positif susulan rekod tanpa kalah sepanjang saingan bermula untuk menewaskan bekas nombor 1 dunia dari New Zealand, Shannon MciIroy 5-8, 8-2 dan 1-0.
Kemenangan ketika aksi peringkat kumpulan dengan lawan yang sama beri kelebihan buat Izzat untuk mencorak strategi mengikut rentak permainan yang telah dianalisa.
Dia turut meluahkan rasa syukur mampu melawan tekanan selepas tewas di set pertama.
"Situasi yang berlaku dalam aksi final hari ini menjadi persiapan saya menghadapi Sukan Komanwel pada pertengahan tahun ini," katanya menerusi Nadi Arena.
Manakala kategori wanita, Nor Farah Ain Abdullah, menyifatkan prestasi di hari terakhir merupakan yang terbaik sepanjang kejohanan, lebih-lebih lagi selepas berjaya menewaskan wakil India, Nayanmoni Saikia untuk membutirkan emas buat negara.
Titik kebangkitan terbaik buat atlet berusia 25 tahun itu untuk memulakan kempen 2026 dengan langkah kanan apabila terpalit dengan masalah kecederaan pada tahun lalu.
Ketinggalan jauh di set pertama namun perubahan corak permainan mengikut jarak balingan yang digemari di set kedua terus memacu semangat buat Farah.
"Saingan agak sengit di awal saingan dan bersyukur atas kejayaan dalam saingan kali ini, terdapat beberapa percaturan jurulatih berhasil sebelum bergelar juara," kata Farah.
Sementara itu dua lagi emas buat negara hadir dari acara pairs lelaki dan wanita menerusi gandingan Naufal Azmi, Fadley Jabal serta Nur Syafira, Nurul Balqis.
Aksi ulangan semula perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan misi balas dendam Naufal dan Fadley untuk menebus kekalahan mereka berjaya dilunaskan.
Mengakui masih memerlukan masa untuk meningkatkan lagi keserasian kerana pertama kali digandingkan namun mereka bangga percaturan itu membuahkan hasil.
Gandingan Syafira dan Balqis pula mengharapkan kejayaan mereka itu mampu meningkatkan potensi diserap ke dalam skuad pelapis negara.
Meskipun berjaya mencipta beberapa kejutan, menumpaskan gandingan senior negara di peringkat kumpulan serta menjuarai keseluruhan acara womens pairs namun mereka enggan berasa selesa dan mahu terus memperbaiki kelemahan yang ada khususnya melibatkan aspek adaptasi permainan.
"Kemenangan hari ini memuaskan hati kami sebagai satu pasukan. Dalam separuh akhir, kami gagal mencari rentak dan kami memastikan mengatasi halangan itu sebelum bergelar juara," kata Nur Syafira.
  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#boling padang
#7 negara
#Malaysia
#juara keseluruhan
#Stadium Juara
#Bukit Kiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan