awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRO sambut baik komitmen NACCOL selesaikan isu bekalan dan pengeluaran makanan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
02/02/2022
10:56 MYT
BRO sambut baik komitmen NACCOL selesaikan isu bekalan dan pengeluaran makanan
Kerajaan terus komited menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.
PERSATUAN Peruncit Bumiputera (BRO) menyambut baik keputusan Kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Januari 2022 yang terus komited menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.
Pihak Persatuan juga turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas keputusan Kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar (hypermarket).
Kerajaan yang prihatin rakyat juga, telah menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard juga dikurangkan sebanyak 20 sen yang menjadikan harga siling ayam pada RM8.90. Bagi memastikan penternak-penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan Kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri ini jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku sedang di peringkat global.
Pihak Persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi Kerajaan bagi memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai. Justeru itu, rakyat dan peniaga akan dapat manfaat seiring dengan keputusan yang telah dibuat tersebut.
DATUK WIRA (DR.) HAJI AMEER ALI MYDIN PRESIDEN PERSATUAN PERUNCIT BUMIPUTERA PENGARAH URUSAN MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
Topic Berkaitan
#NACCOL
#Persatuan Peruncit Bumiputera
#BRO
#Harga Ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan