awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500

Bernama
Bernama
09/02/2026
15:00 MYT
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Lelaki itu didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam atau jalan awam dan bukan dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Singapura didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, awal bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga Singapura didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam di Jalan Bukit Bintang.
  • Mahkamah memerintahkan lelaki tersebut menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda, dan khidmat masyarakat selama empat jam.
  • SWCorp menegaskan kepentingan menjaga kebersihan tempat awam dengan menuntut hukuman setimpal dan memberitahu bahawa 644 kesalahan serupa telah direkodkan, dengan 500 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Nuh Qursaini Kayat, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani khidmat masyarakat selama empat jam dalam tempoh sebulan.
Lelaki itu didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam atau jalan awam dan bukan dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut, berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang di sini, pada 1.45 pagi, 1 Jan 2026.
Pertuduhan mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 dan sebagai tambahan, boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 12 jam secara agregat dalam tempoh maksimum enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat jam sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Muhammad Syarihul Mohd Dzahir memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam.
Mohamed Nuh Qursaini yang tidak diwakili peguam pula merayu hukuman ringan atas alasan semasa kejadian tiada tong sampah di kawasan tersebut dan memilih membuangnya di lantai kerana terdapat puntung rokok di lantai berkenaan.
Semasa sidang media selepas prosiding itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed berkata setakat hari ini seramai enam individu yang merupakan warga asing telah didakwa di mahkamah bagi kesalahan membuang sampah termasuk puntung rokok.
"Setakat ini, sebanyak 644 kes melibatkan kesalahan membuang sampah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang mana 500 daripadanya membabitkan warganegara Malaysia. Ada lagi individu lain yang akan didakwa di mahkamah pada 10, 11 dan 12 Feb ini," katanya.
Dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memaklumkan semua pesalah yang disabitkan mahkamah bagi kesalahan membuang sampah akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat secara serentak pada 13 Feb ini.
Beliau berkata pesalah akan menjalani hukuman dengan membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam, mengikut sabitan mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#warga asing
#puntung rokok
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan