awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya sepanjang 3, 4.8 meter terlepas di Sarawak, penduduk diminta berhati-hati

Azizah Alwi
Azizah Alwi
12/03/2023
05:24 MYT
Buaya sepanjang 3, 4.8 meter terlepas di Sarawak, penduduk diminta berhati-hati
Kedua-dua ekor reptilia itu terlepas setelah kandangnya rosak disebabkan arus sungai kuat selepas hujan lebat.
KUCHING: Dua ekor buaya sepanjang tiga dan 4.8 meter yang ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang dekat sini dilaporkan terlepas petang semalam.
Menurut Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kedua-dua ekor reptilia itu terlepas setelah kandangnya rosak disebabkan arus sungai kuat selepas hujan lebat.
Sehubungan itu, SFC menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kehadiran buaya berkenaan di kawasan sekitar Pusat Hidupan Liar Matang.
“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama para penduduk di Kampung Rayu,” kata pihaknya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, SFC meminta orang ramai agar tidak panik kerana pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pengawasan dan mencari di seluruh kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#buaya terlepas
#Sarawak
#Pusat Hidupan Liar Matang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan