awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/06/2024
04:19 MYT
Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM
Mangsa bersama tiga rakannya dikatakan telah pergi memancing di tempat kejadian dan selepas itu, mereka dipercayai mandi di dalam takungan air itu sebelum mangsa ditemui lemas. - Foto PDRM
SINTOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di dalam kawasan takungan air laluan longkang utama Perumahan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Aiman Harith Mohd Hashim, 10, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru, Sintok itu dikatakan keluar memancing bersama tiga rakannya di lokasi kejadian kira-kira 20 meter dari kawasan perumahan itu sebelum dia ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.55 petang.
"Mangsa ditemui oleh pengawal keselamatan UUM dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang bertugas di klinik UUM.
"Berdasarkan siasatan, mangsa bersama tiga rakannya memancing di tempat kejadian dan selepas itu, mereka dipercayai mandi di dalam takungan air itu sebelum mangsa ditemui lemas," katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Mohd Hashim Nazri, 36, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah bersama anak perempuan bongsu, Nurisya Amanda, 5, manakala isteri, Siti Noorazar Shamsudin, 30-an keluar bekerja di Jabatan Keselamatan UUM pada jam 2 petang.
“Ketika kejadian berlaku hujan hujan lebat baru berhenti menyebabkan kawasan takungan itu dipenuhi air.
"Tidak lama kemudian saya menerima panggilan daripada isteri yang memberitahu anak kami lemas dan terus bergegas ke lokasi," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata, beberapa jam sebelum kejadian, sebelum kejadian arwah anak sulung dari dua beradik itu sempat mengikut ibunya mendaki bukit di kawasan Sintok dan pulang ke rumah sebelum tengah hari.
Katanya, dia berasa tidak sedap hati sebelum kejadian berlaku namun tidak menyangka perkara buruk berlaku sehingga menyebabkan anaknya pergi buat selama-lamanya.
"Namun saya sekeluarga redha dengan apa yang berlaku," katanya.
Menurutnya lagi, jenazah anaknya akan dikebumikan di kampung di Pida 4 Lama, Jalan Sanglang, Kodiang selepas selesai urusan bedah siasat selesai.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#kawasan takungan air
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan