awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan tiga tahun terkunci sendiri dalam kereta

Bernama
Bernama
07/06/2020
16:14 MYT
Budak perempuan tiga tahun terkunci sendiri dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terperangkap lebih kurang 10 minit dalam kereta berjaya diselamatkan anggota bomba di Taman Puteri Wangsa. - Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, terperangkap di dalam kereta bapanya selepas tertekan kunci pintunya di Jalan Denai 11, Taman Puteri Wangsa, di sini, pada Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamal Shaari berkata, mangsa Nur Ayra Medina Mohamad Fadzil, terperangkap kira-kira 10 minit dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.58 petang itu.
Katanya, seramai sembilan anggota dengan satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan kecemasan daripada bapa mangsa yang berusia 20-an itu.
"Kejadian tersebut dimaklumkan terjadi apabila mangsa sekeluarga mahu keluar dan kanak-kanak berkenaan diletakkan di tempat duduk bahagian hadapan, dengan enjin kereta itu dihidupkan.
"Bapa mangsa telah pergi ke dalam rumah sebentar dan apabila kembali semula, didapati pintu kereta telah terkunci dan dipercayai dikunci sendiri oleh mangsa," katanya menerusi satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu kenderaan jenis Proton Saga itu, dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga dalam keadaan baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Denai
#Kanak-kanak
#Nur Ayra Medina Mohamad Fadzil
#Taman Puteri Wangsa
#terkunci
#terperangkap dalam kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan