awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya ‘corrupt-minded’ gugat integriti negara -Azam Baki

Bernama
Bernama
07/04/2026
08:30 MYT
Budaya ‘corrupt-minded’ gugat integriti negara -Azam Baki
Azam berkata, kecenderungan untuk menghalalkan cara demi pembangunan atau keuntungan material merupakan pemikiran yang perlu dibendung. - Gambar fail
Mentaliti masyarakat yang terlalu mengejar kepentingan material sehingga mengabaikan integriti disifatkan sebagai antara cabaran utama dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, keadaan itu boleh membawa kepada pembentukan apa yang disifatkannya sebagai ‘corrupt-minded society’ (masyarakat yang berfikiran rasuah).
Menurutnya, kecenderungan untuk menghalalkan cara demi pembangunan atau keuntungan material merupakan pemikiran yang perlu dibendung.
“Kita melebih-lebihkan isu materialistik untuk memodenkan negara sehingga ada pandangan bahawa undang-undang boleh diketepikan jika perlu demi pembangunan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Wacana Ilmiah Perdana di sini hari ini.
Beliau berkata, pemikiran sedemikian bukan sahaja berbahaya malah mampu merosakkan asas tadbir urus dan integriti dalam negara.
Azam turut mendedahkan dapatan kajian lampau yang menunjukkan tahap penerimaan terhadap rasuah dalam kalangan generasi muda suatu ketika dahulu berada pada tahap membimbangkan.
“Pada tahun 2004, kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kira-kira 30 peratus mahasiswa mengakui sanggup menerima rasuah jika diberi peluang.
“Walaupun angka itu menurun kepada sekitar 16 peratus pada tahun 2016, ia masih sesuatu yang tidak selesa untuk didengar,” ujarnya.
Menurut beliau, golongan tersebut kini berada dalam pelbagai sektor pekerjaan termasuk penjawat awam, ahli politik dan institusi kewangan, sekali gus memberi implikasi besar kepada landskap integriti negara.
Katanya, situasi itu perlu dilihat dalam konteks sejarah pembangunan negara yang sebelum ini lebih tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi pesat.
“Pada era 1980-an hingga awal 2000, fokus utama adalah pembangunan dan pembinaan asas negara, namun aspek tadbir urus serta integriti mungkin tidak diberi penekanan yang sama,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia kini berada pada fasa penting untuk memperkukuh semula sistem, memperbaiki kelemahan dan memastikan integriti menjadi teras utama pembangunan negara.
“Apabila negara semakin matang, kita perlu memastikan nilai integriti ini benar-benar diangkat sebagai asas dalam setiap aspek pembangunan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan