awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh anak kandung, ibu tidak siuman terlepas hukuman tali gantung

Raffi Bachik
Raffi Bachik
28/08/2017
05:23 MYT
Bunuh anak kandung, ibu tidak siuman terlepas hukuman tali gantung
Daphne Phang Mei Kei ditahan di Hospital Permai, Tampoi bagi tempoh mengikut perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka. -Gambar fail/Bernama
Seorang wanita terlepas hukuman gantung sampai mati atas dakwaan membunuh bayi perempuannya berusia 22 bulan, dua tahun lalu selepas Mahkamah Tinggi Ayer Keroh memutuskan tertuduh tidak siuman.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid dalam keputusannya mengarahkan Daphne Phang Mei Kei, 28 tahun, ditahan di Hospital Permai, Tampoi bagi tempoh mengikut perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka.
Semasa membacakan keputusan itu, Siti Khadijah berkata walaupun mahkamah mendapati Daphne bersalah membunuh anak kandungnya selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan, mahkamah juga mendapati dia tidak siuman ketika melakukannya.
Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah supaya Daphne diletak dalam tahanan selamat di bawah jagaan Hospital Permai, Johor Bahru dan tahanan terhadap tertuduh itu atas perkenan Yang Dipertua Negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) kanun sama.
Daphne sebelum ini dituduh melakukan penderaan sehingga menyebabkan kematian anak ketiganya, Evan Chee Xin Ci yang berusia 1 tahun 10 bulan di Taman Padi Indah, Pulau Sebang sekitar 5.30 petang 20 Julai 2015 lalu.
Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukan adalah hukuman mati mandatori.
Media sebelum ini melaporkan terdapat kesan retak di tengkorak kepala dan lebam pada beberapa bahagian badan Evan Chee dipercayai didera.
Topic Berkaitan
#bunuh anak
#Daphne Phang Mei Kei
#Evan Chee Xin Ci
#Hospital Permai
#Mahkamah Tinggi Ayer Keroh
#Siti Khadijah S Hassan Badjenid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan