awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak

Agensi
Agensi
10/02/2026
00:50 MYT
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Kendall berkata, kerajaan Britain komited memastikan kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak yang selamat dan sihat, sambil bersedia menghadapi masa depan. - Gambar fail Reuters
LONDON: Kerajaan Britain menggesa golongan ibu bapa agar lebih proaktif berbincang dengan anak-anak mengenai risiko kandungan berbahaya yang boleh mereka temui di internet, ketika negara itu sedang menilai kemungkinan melaksanakan larangan penggunaan media sosial bagi individu bawah 16 tahun seperti yang dilakukan Australia.
Seruan itu dibuat susulan dapatan kerajaan yang menunjukkan hampir separuh ibu bapa tidak pernah berbincang dengan anak masing-masing mengenai kandungan toksik di platform digital.
Bagi menangani jurang itu, kempen baharu bertajuk “You Won’t Know Until You Ask” dilancarkan bagi memberi panduan, sokongan dan langkah komunikasi yang lebih berkesan kepada ibu bapa.
Menteri Teknologi, Liz Kendall berkata, ramai ibu bapa kini berasa bimbang tentang apa yang anak-anak lihat, tonton dan lakukan sewaktu melayari internet.
“Kami komited memastikan kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak yang selamat dan sihat, sambil bersedia menghadapi masa depan.
"Sebab itu, kerajaan memperkenalkan kempen ini dan membuka konsultasi nasional tentang bagaimana golongan muda boleh hidup dan berkembang dalam era media sosial,” katanya.
Kempen tersebut turut menyediakan garis panduan tentang cara menyesuaikan tetapan keselamatan di platform popular, selain menggalakkan perbualan mengenai isu seperti maklumat palsu, penipuan digital dan kandungan berbahaya.
Ia akan disokong dengan iklan TV serta kempen media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok, bermula di kawasan Yorkshire dan Midlands.
Langkah ini diumumkan beberapa minggu selepas kerajaan menyatakan kesediaan mengambil tindakan tegas melindungi kanak-kanak daripada bahaya digital - termasuk kemungkinan melaksanakan larangan media sosial bawah 16 tahun seperti yang diluluskan Australia pada Disember lalu.
Delegasi menteri juga dijangka melawat Australia untuk meneliti pelaksanaan sebenar dasar tersebut, sementara Britain menimbang untuk mengguna pakai had umur yang sama.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa negara Eropah seperti Sepanyol, Greece, Perancis, Slovenia dan Republik Czech turut mempertimbangkan langkah serupa berikutan kebimbangan global terhadap teknologi yang dianggap semakin bersifat ketagihan kepada pengguna muda. - Agensi
Topic Berkaitan
#media sosial
#kandungan toksik
#platform digital
#kandungan berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan