awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh rogol anak dipenjara 40 tahun dan 20 sebatan

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2016
12:03 MYT
Buruh rogol anak dipenjara 40 tahun dan 20 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kuala Ketil sekitar jam 6 pagi pada 3 April lalu. - Foto Astro AWANI
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 20 sebatan selepas didapati bersalah atas tiga kesalahan merogol anak kandungnya berusia 13 tahun.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, M. Vijayalakshmi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anaknya beberapa kali iaitu di bilik tidurnya serta bilik tidur mangsa di rumah mereka pada Mei 2015.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kuala Ketil sekitar jam 6 pagi pada 3 April lalu.
Vijayalakshmi menetapkan hukuman penjara masing-masing 20 tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua yang berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 2 Mei lalu dengan 10 sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, mahkamah menetapkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan yang berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#bapa rogol anak
#Mahkamah Sesyen
#rogol
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan