awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Butik TAPAi ketengah produk batik sentuhan OKU

Bernama
Bernama
14/04/2024
23:30 MYT
Butik TAPAi ketengah produk batik sentuhan OKU
Wan Nur Akmal (lima, kiri) bersama guru serta pekerja OKU menunjukkan koleksi produk batik eksklusif yang dihasilkan OKU di Wakaf Tapai. - Foto BERNAMA
MARANG: Butik TAPAi, di Wakaf Tapai di sini membuka peluang kepada tujuh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengasah bakat mereka dalam menghasilkan produk batik.
Ketika lawatan Bernama ke butik itu baru-baru ini, dengan bimbingan lima guru daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Wakaf Tapai dan dua guru khas yang menjayakan Projek Pemerkasaan Ekonomi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk OKU, kelihatan seorang pekerja lelaki dan enam pekerja OKU wanita berumur 20 hingga 41 tahun tekun menghasilkan tempahan pelanggan.
Menurut pengurus TAPAi Wan Nur Akmal Wan Ibrahim, butik tersebut diusahakannya bermula pada 2017 setelah menerima geran sekali beri sebanyak RM18,000 daripada JKM bagi memperhebatkan lagi Projek Pemerkasaan Ekonomi khususnya kerja jahitan.
"Bermodalkan peruntukan itu, kami mula membeli mesin jahit dan bahan mentah seperti batik untuk menghasilkan kraftangan pembuatan beg batik. Ketika itu TAPAi beroperasi dengan lima orang pekerja OKU kategori masalah pembelajaran, pekak, bisu dan fizikal. Sekarang ini ada juga pekerja Sindrom Down dan autism.
"Kini, kami ada tujuh pekerja yang bekerja secara harian, dengan lima daripadanya ialah pelatih dari PPDK Wakaf Tapai, seorang OKU mental dan seorang daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sebuah sekolah berhampiran," katanya kepada Bernama.
Wan Nur Akmal berkata kesemua pekerjanya termasuk pekerja berjadual dan lima orang pekerja lepasan TAPAi yang kini bekerja dari rumah, menunjukkan perkembangan positif dari segi kemahiran bekerja dan sosial serta mampu menjana pendapatan sendiri.
Katanya, pada peringkat permulaan mereka hanya mampu menyiapkan sebuah kotak pensil sehari, namun berbekalkan latihan yang berterusan, kini ada antara pekerja berjaya menghasilkan 30 beg batik sehari.
"Mereka juga sudah berani untuk bercakap dengan orang luar. Ada juga yang boleh buat 'live' di aplikasi TikTok peribadi sewaktu bekerja dengan menjual produk TAPAi dan pastinya ada penonton yang membeli," katanya.
Berkongsi kejayaan TAPAi, beliau berkata produk mereka pernah mencipta jualan di Global Village di Dubai selama enam bulan pada 2022 hasil inisiatif kerajaan selain duta-duta besar luar negara di Malaysia yang datang ke butik membeli produk batik untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Siti Zulaikha Abd Muin, 33, yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal berkata pengalaman bekerja di butik itu sejak 2017 membantunya untuk lebih percayakan diri sendiri.
Menurutnya, beliau memulakan kerjayanya di TAPAi tanpa sebarang kemahiran menjahit tetapi atas sokongan guru-guru serta keluarga beliau berjaya menghasilkan banyak beg.
Sementara itu, Nurul Syakirah Ahmad Jais, 23, yang dilahirkan kerdil mula berkhidmat di TAPAi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2019, kini mahir menyiapkan pelbagai jenis beg antaranya beg tangan, beg kantung mini, beg ketupat dan beg duit syiling.
"Saya bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa depan," ujar gadis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAIS
#kemahiran menjahit
#masa depan
#kecacatan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan