awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk

Bernama
Bernama
10/02/2026
08:30 MYT
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, Datuk Mohd Zaki Hassan (kanan) menerima dokumen yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali di Putrajaya, semalam. - Foto SPRM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan lima syor penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung pengurusan dan pelaksanaan projek MyKiosk.
Cadangan itu merangkumi pelaksanaan kajian keperluan menyeluruh termasuk penilaian kebolehlaksanaan dan impak ekonomi, meningkatkan keberhasilan projek MyKiosk MADANI dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta menubuhkan unit pemantauan atau jawatankuasa khas bagi menilai keberkesanan dan pencapaian projek.
Dua cadangan lain termasuk penambahbaikan Garis Panduan Inisiatif MyKiosk MADANI dan mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah peruntukan Persekutuan yang lengkap sebagai rujukan operasi.
Kesemua syor itu dibentangkan Timbalan Pengarah 1 Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM Maznah Che Muda kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali disaksikan Pengarah BPT SPRM Datuk Mohd Zaki Hassan di sini, semalam.
SPRM memaklumkan syor dan cadangan itu berdasarkan kepada isu melibatkan peruntukan kerajaan bagi projek MyKiosk sebanyak RM50 juta pada 2023 dan RM100 juta pada 2024.
"Projek MyKiosk merupakan satu daripada projek gajah putih dan tidak mencapai objektif kerajaan, dan menyebabkan ketidakselesaan kepada rakyat akibat daripada penempatan MyKiosk yang tidak sesuai.
"Antara isu utama ialah ketiadaan kajian keperluan dan mekanisme pemantauan keberhasilan komprehensif, termasuk KPI yang menjejaskan penilaian impak projek di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT)," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Zaki dalam kenyataan sama berkata pembentangan itu telah diterima baik dan mendapat persetujuan JKT untuk dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang bentuk salah guna kuasa, ketirisan serta menutup peluang berlakunya jenayah rasuah.
"Langkah ini dijangka memperkukuh pelaksanaan Projek MyKiosk agar lebih telus, berfokus dan berakauntabiliti," katanya.
Mohd Fadzli menyambut baik kesemua cadangan penambahbaikan yang telah disyorkan SPRM dan dizahirkan menerusi penandatanganan Laporan Penambahbaikan Tatakelola secara bersama antara SPRM dan JKT.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#SPRM
#syor penambahbaikan
#KPKT
#MyKiosk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan