awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran isteri PM lebih getir dengan kewujudan media sosial - Rizal

Bernama
Bernama
05/11/2016
02:49 MYT
Cabaran isteri PM lebih getir dengan kewujudan media sosial - Rizal
Rizal berkata sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.
Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.
"Ramai yang tidak tahu bahawa isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.
Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti yang kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Beliau berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini malam ini.
Rizal seterusnya berkata Program Permata Negara (Permata), yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.
Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak, dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang tetapi dalam tahun-tahun mendatang.
Beliau berkata sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya. - Bernama
Topic Berkaitan
#cabaran
#isteri pm
#media sosial
#Rizal Mansor
#Rosmah Mansor
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan