awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bangunkan UAS perkukuh ekosistem aeroangkasa negara - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
14/04/2026
11:12 MYT
Cadangan bangunkan UAS perkukuh ekosistem aeroangkasa negara - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi dan sudah tiba masanya membangun, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri. - Gambar fail
Cadangan membangunkan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) kebangsaan bertujuan memperkasakan keupayaan dron tempur di samping memperkukuh ekosistem aeroangkasa negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembangunan sistem berkenaan akan dilaksanakan dengan memanfaatkan kepakaran tempatan, teknologi luar serta kerjasama dengan negara sahabat.
“Saya turut berkongsi dalam pertemuan bersama Duta Besar Iran semalam, terdapat kesediaan negara tersebut meneroka kerjasama teknologi dalam bidang sistem tanpa pemandu yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepat pembangunan keupayaan strategik negara.
“Usaha ini selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk mengurangkan kebergantungan luar, membangunkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) tempatan, memperluas pemindahan teknologi dan memperkukuh keupayaan pertahanan kendiri negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.
Beliau berkata, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi dan sudah tiba masanya membangun, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri.
Terdahulu, Mohamed Khaled menerima kunjungan delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Timbalan Naib Canselor Prof Dr Ali Selamat, yang turut menyampaikan taklimat mengenai cadangan UAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#uas
#UTM
#dron tempur
#DIPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan