awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Puluhan stesen minyak Australia kehabisan bekalan susulan pembelian panik
Bersatu nafi kerjasama dengan PH, pegang prinsip pertahan agama, bangsa, negara - Muhyiddin
Curi kabel MRT: MOT cadang KDN pinda undang-undang, hukuman lebih berat - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan jadikan Madinatul Quran projek ummah serantau akan dibincang - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/03/2026
06:16 MYT
Cadangan jadikan Madinatul Quran projek ummah serantau akan dibincang - PM Anwar
Anwar (kiri) melihat mushaf Malaysia MADANI versi gergasi pada Majlis Peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Nasrul Quran hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan supaya Kompleks Madinatul Al-Quran Putrajaya dijadikan sebagai projek ‘Ummah’ melibatkan tokoh Islam dalam dan luar negara, akan dibincangkan dalam tempoh terdekat bersama Yayasan Restu serta pihak terlibat.
Anwar berkata, usaha itu juga menjadi usaha yang wajar dilihat sebagai projek penting dalam kerangka pembangunan negara MADANI.
"Rencana untuk membina umpamanya Madinatul Quran, insya-Allah dalam satu dua hari saya akan bincang dengan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu (Datuk Abdul Latiff Mirasa), ia satu idea yang baik oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk menjadikan ini projek umat, dalam negara dan luar.
"Menjadikan ini bukan sahaja gedung, tetapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan supaya ia bukan sahaja pusat pencetakan Mushaf tetapi juga menjadikan pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau ini," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Nasyrul Quran, di sini.
Tambahnya, pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan teknologi perlu berpaksikan nilai kemanusiaan berasaskan ajaran al-Quran.
Kompleks Madinatul Al-Quran Putrajaya kini sedang dalam pembinaan dan bakal menjadi pusat pencetakan mushaf, pengajian dan penyelidikan Al-Quran.
Terdahulu, Anwar melancarkan Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Percetakan Bersepadu Nasyrul Quran di sini, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan.
Mushaf berkenaan merupakan antara mushaf al-Quran hibrid terawal di negara ini yang menggabungkan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital bagi membolehkan masyarakat menghayati kitab suci itu secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Setiap salinan mushaf diintegrasikan dengan kod respons pantas (QR) yang membolehkan pembaca mengakses pelbagai bahan sokongan secara digital seperti terjemahan dalam pelbagai bahasa, panduan tajwid serta penerangan berkaitan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berkait dengan ayat al-Quran.
Ia turut menampilkan audio tilawah oleh pakar qiraat antarabangsa dari Mesir, Syaikh Ahmad Isa al-Ma’sarawi.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan satu kontena al-Quran wakaf di bawah Projek Wakaf Satu Juta Al-Quran yang mengandungi naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam beberapa bahasa untuk komuniti Muslim di luar negara.
Antara terjemahan yang disediakan termasuk bahasa Sepanyol selain edisi bahasa Inggeris dan Perancis bagi komuniti Muslim di Kanada serta Amerika Syarikat.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Pengerusi Yayasan Restu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa.
Topic Berkaitan
#Madinatul Quran
#Yayasan Restu
#Nasyrul Quran
#Mushaf Malaysia MADANI
#Anwar Ibrahim
#Fadillah Yusof
#al‑quran
#Projek Ummah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan