awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon STPM 2020 akui gementar, doakan terbaik untuk keputusan esok

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
30/06/2021
15:42 MYT
Calon STPM 2020 akui gementar, doakan terbaik untuk keputusan esok
Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan menerima keputusan mereka bermula jam 11 pagi Khamis (1 Julai). - Bernama
KUALA LUMPUR: Tidak sampai 24 jam lagi, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan menerima keputusan mereka bermula jam 11 pagi Khamis (1 Julai).
Di laman media sosial, perbualan mengenai keputusan STPM itu tidaklah sehangat diperkatakan seperti yang dilihat sewaktu pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari.
Namun, berdasarkan tinjauan Astro AWANI, ada beberapa di antara calon yang akan menerima keputusan peperiksaan itu esok, mendoakan agar kesemua rakan kelas mereka sama-sama mendapat keputusan cemerlang.
Malah, ada juga di antara 92,964 calon yang akan menerima keputusan itu esok mengakui cukup gementar sehingga berkongsikan perasaan berdebar mereka itu menerusi media sosial di Twitter.
Mana tidaknya, apa-apa keputusan sekalipun, inilah juga yang mungkin akan menentukan masa depan kita meskipun kita tahu rezeki tuhan itu sangatlah luas.
Ini adalah antara reaksi yang dapat kami kongsikan menerusi pemerhatian kami di Twitter:
Baik atau tidak keputusan inshaAllah pasti ada hikmah. Good luck kawan-kawan. STPM 2019/2021 6T4-6T8 pic.twitter.com/7G7nghe1Pb
— syasya (@ifahsyx) June 30, 2021
aku dah nervous sangat ni tunggu full result stpm esok
— (@jeykeyheeii) June 30, 2021
All the very best to all of you for tomorrow - STPM RESULT DAY pic.twitter.com/awmC1gPo5v
— Bibo (@Bibo_0920) June 30, 2021
Tomorrow... the overall STPM result will be out... The last result... the final ones... Hope the best... Good luck to all of us STPM 2019/2020 batch'01 will be the best!!!
— Afuifa (@Afuifa_chan) June 30, 2021
Ya Allah, semoga esok kami (pelajar stpm 2020) mendapat keputusan yang cemerlang, Aamin!#stpm2020
— fdlhntshaa (@ieylarhhh) June 30, 2021
ya allah berikan lah sinar kejayaan kepada calon stpm 2019/2020 ya allah
— (@0heartts) June 30, 2021
To all stpm students - kita dah buat yang terbaik..tapi segala ketentuan tu terletak pada Allah swt.. Bukan mudah ya study dlm keadaan skrg ni.. Jgn brsedih dan comparekan diri dgn kwn ii yg lain..jauh lg perjalanan kita.. Dont give up guys#stpm #resultstpm
— Omar_ (@oomarrr_) June 30, 2021
Esok dapat result keseluruhan so aku harap siapa yang ambik akaun STPM ni dpt lulus
— Sy (@syafdaux) June 30, 2021
Walau apa jua keadaan sekalipun, Astro AWANI mendoakan kecemerlangan untuk semua calon peperiksaan STPM 2020 dan bersyukur kerana anda sudahpun membuat yang terbaik.
Ini adalah beberapa kaedah untuk calon menyemak keputusan tersebut:-
Pertama, semakan keputusan penuh boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http:stpm.mpm.edu.my/stpmK.
Kedua, menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapat ringkasan keputusan, dengan menaip STPM<jarak>No.KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 mulai 11 pagi pada 1 Julai hingga 12 tengah hari 9 Julai.
Keputusan juga akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi (bagi calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM).
Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, MPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengenal pasti mereka dan memaklumkan kaedah sesuai mendapatkan keputusan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
#STPM
#peperiksaan
#pendidikan
#pelajar
#media sosial
#sekolah
#Astro Awani
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan