awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAMU ulangi gesaan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditangguhkan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/07/2022
04:35 MYT
CAMU ulangi gesaan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditangguhkan
Rudy Rusly (dua dari kanan) berkata, pindaan RUU Kesatuan Sekerja 1959 akan menjadikan suara kesatuan sekerja lemah, kerana membenarkan kewujudan kesatuan sekerja yang pelbagai.
KUALA LUMPUR: Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) sekali lagi menggesa kerajaan untuk menangguhkan bacaan kali kedua, Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959, pada sesi Parlimen 18 Julai ini.
Presidennya, Rudy Rusly berkata, pihaknya kekal berpendirian RUU itu akan memberi peluang kepada penindasan dan tindakan zalim terhadap golongan pekerja di negara ini.
Dalam satu sidang media hari ini, Rudy berkata, kajian mendapati pindaan RUU berkenaan akan menjadikan suara kesatuan sekerja lemah kerana tindakan itu membenarkan kewujudan kesatuan sekerja yang pelbagai.
"Sudah tentu dengan adanya pelbagai kesatuan sekerja akan menyebabkan persaingan tidak harmoni di tempat kerja, perebutan mendapat kuasa di tempat sekerja, kesatuan sekerja akan hilang tumpuan untuk perlindungan dan hak pekerja... akibatnya cadangan perjanjian kerahsiaan (CA) yang disediakan tidak berkesan dan hanya menguntungkan majikan.
“Saya beri contoh rakan kesatuan sekerja saya di tempat lain, di tempat dia ada 26 kesatuan, anda bayangkan 26 cadangan perjanjian bersama, bagaimana nak tumpukan perjanjian bersama, kerana ia mengandungi liputan untuk faedah kepada pekerja,” soal beliau lagi.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah wakil 40 kesatuan individu dan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC) yang dianggotai lebih 100 kesatuan.
Untuk rekod, RUU untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959, telah pun dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2022.
Rudy berkata, akta tersebut merupakan kaedah kawalan utama kerajaan ke atas landskap buruh yang tersusun dan lingkungan kawalan itu meliputi hal ehwal dalaman kesatuan sekerja, selain mengawal hubungan kesatuan-pengurusan yang memihak kepada majikan.
Dalam sidang media yang sama, bekas Presiden Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, RUU itu perlu ditangguhkan dan kerajaan harus kembali ke meja rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan.
"Tapi kebelakangan ini, disebab kerajaan kita asyik bertukar saja, kita undi pun undi sekali, tetapi dapat tiga Perdana Menteri, dapat bonus, jadi kita tak tahu sebenarnya siapa yang benar-benar buat pindaan. Jadi kita tak tahu datang dari mana.
“Kalau kata menteri dulu atau Menteri Sumber Manusia pun dah tukar. Jadi kita ada kemusykilan di situ. Elok Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebagai sebagai seorang pemimpin rakyat, seorang bapa menasihatkan agar perkara ini dibawa balik ke meja rundingan atas semangat keluarga Malaysia,” kata Abdul Halim.
Topic Berkaitan
#CAMU
#pindaan RUU
#akta kesatuan sekerja 1959
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan