awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CB204: Sambal goreng emak untuk Azri - Isteri

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
08/10/2014
05:10 MYT
CB204: Sambal goreng emak untuk Azri - Isteri
ISTERI AZRI: Sambal goreng emak untuk Azri - Gambar fail
Isteri salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di dalam bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad, menyifatkan kepulangan suaminya Leftenan Azri Bakar benar-benar mengubat kerinduan dan menghilangkan kerisauannya selama ini.
Isterinya, Fazilah Makun, yang berada di pangkalan TLDM Kota Kinabalu memberitahu, Azri dijadualkan tiba hari ini selepas cuaca baik di kawasan berkenaan.
"Sedang tunggu Azri di pangkalan, cuaca sekarang pula hujan. Insyaallah petang ini sampailah dia.
"Kita akan adakan sedikit majlis kesyukuran selepas dia balik nanti dan syukurlah semua selamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selain Azri, enam lagi anak kapal bot itu ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau, Pulau Layang-layang, sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi hari yang sama.
Bot tempur itu dikesan kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-layang selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang Isnin.
Azri mengucapkan rasa syukur dan memaklumkan dia bersama enam lagi anggota yang dilaporkan terputus hubungan di dalam bot tempur tersebut berada dalam keadaan selamat, menurut sebuah akhbar.
Lafaz syukur itu dikongsi Pegawai Memerintah KD Ganas, Lef­tenan Komander Che' Mohd Fakhrul Azizi Che' Nah menerusi panggilan telefon di Pusat Operasi Markas Wilayah Dua Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Fazilah dalam pada itu memberitahu, ibu bapanya dan keluarga mertua juga sudah menanti kepulangan Azri di rumah.
"Ibu Azri juga sudah sediakan makanan kegemaran anaknya iaitu sambal goreng.
"Saya tidak dapat membantu kerana bekerja dan berada di pangkalan kerana tidak sabar menunggu kelibat Azri," ujarnya.
Terbaharu, TLDM memaklumkan, bot tempur CB204 yang ditemui petang Isnin dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini.
Topic Berkaitan
#bot tempur
#CB204
#Kota Kinabalu
#Sabah
#sambal
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan