awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO persatuan bola sepak antara empat individu direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/01/2024
06:49 MYT
CEO persatuan bola sepak antara empat individu direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta
Keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan sekitar jam 5.00 hingga jam 6.30 petang pada Khamis ketika hadir di Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Empat individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di utara tanah air ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan.
Kesemua mereka disyaki meminta serta menerima wang rasuah bernilai lebih RM6 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Jumaat.
Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan sekitar jam 5.00 hingga jam 6.30 petang pada Khamis ketika hadir di Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.
"Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#CEO direman
#Persatuan Bola Sepak
#terima rasuah
#Mahkamah Majistret Alor Setar
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan