awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li

Bernama
Bernama
19/06/2024
23:30 MYT
China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
Li Qiang menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China, di Kuala Lumpur, 19 Jun 2024. —fotoBERNAMA
BEIJING: China akan bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan, memanfaatkan sepenuhnya kekuatan pelengkap, dan mempromosikan kemajuan kukuh dalam projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Dua Taman, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Rabu.
Li berkata China juga akan mengembangkan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, meluaskan kerjasama dalam bidang logistik, tenaga baharu, kecerdasan buatan, ekonomi digital, dan peralatan kereta api serta mempertingkatkan kerjasama dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.
Beliau tiba untuk lawatan rasmi selama tiga hari di Malaysia pada Selasa, destinasi ketiga dan terakhir dalam lawatannya selama lapan hari yang telah membawa beliau ke New Zealand dan Australia.
"Kedua-dua negara juga perlu memperdalam pelancongan, pendidikan, belia, hubungan sub-nasional, pertukaran antara rakyat dan budaya, serta memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua pihak," kata Li dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China..
Ia berkata China juga bersedia untuk meningkatkan koordinasi multilateral dengan Malaysia untuk bersama-sama menggerakkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Aman dan nilai-nilai Asia tentang keamanan, kerjasama, keterangkuman dan integrasi, mendukung pemusatan ASEAN dalam kerjasama serantau, memajukan pelaksanaan berkualiti tinggi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
China juga komited untuk menyelesaikan rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0 secepat mungkin bagi memberi sumbangan yang lebih positif kepada keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan di rantau ini dan dunia yang lebih luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-China
#Li Qiang
#kerjasama
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan