awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Sabah rekodkan kluster punca jangkitan dipercayai dari Indonesia

Bernama
Bernama
09/07/2021
20:13 MYT
COVID: Sabah rekodkan kluster punca jangkitan dipercayai dari Indonesia
Susulan penemuan kes positif itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan terhadap 64 kontak dan mendapati 14 lagi individu disahkan positif sementara 49 negatif untuk saringan pertama. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu pada Jumaat iaitu Kluster Sawit Segama di Lahad Datu berpunca daripada kes indeks seorang wanita warganegara Indonesia yang memasuki negeri berkenaan pada 25 Jun lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata wanita berusia 48 tahun itu dikesan positif Selasa lepas hasil ujian saringan di sebuah klinik swasta, selepas mempunyai simptom batuk dan sakit tekak tiga hari sebelumnya.
Menurutnya, wanita berkenaan yang tiba bersama dua cucunya sebelum itu telah diarah menjalani kuarantin di sebuah ladang sebelum dibenarkan kembali bekerja.
Susulan penemuan kes positif itu, Masidi dalam satu kenyataan berkata pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan terhadap 64 kontak dan mendapati 14 lagi individu disahkan positif sementara 49 negatif untuk saringan pertama.
"Semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Lahad Datu, manakala semua kontak rapat juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu," katanya.
Secara keseluruhan, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri itu pada Jumaat adalah sebanyak 323 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,791 kes, manakala 230 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif seramai 68,969 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#wanita
#kes import
#Masidi Manjun
#kontak rapat
#kes positif
#COVID-19
#ujian saringan
#jangkitan
#Sabah
#PKRC
#Kluster Sawit Segama
#Lahad Datu
#warga Indonesia
#Klinik swasta
#batuk
#sakit tekak
#ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan