awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2018 kes baharu dilaporkan, Selangor tertinggi dengan 1,204 kes

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/12/2020
10:38 MYT
COVID-19: 2018 kes baharu dilaporkan, Selangor tertinggi dengan 1,204 kes
Kes harian COVID-19 merekodkan jumlah ketiga tertinggi iaitu sebanyak 2,018 kes baharu dilaporkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan kes harian ketiga tertinggi bagi penularan COVID-19 dengan sebanyak 2,018 kes baharu dilaporkan.
Ini menjadikan kes keseluruhan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 95,327 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 16,496 kes,” katanya ketika sidang media pada Isnin.
Bagi penularan mengikut negeri, Selangor hari ini mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan dengan sebanyak 1,204 kes diikuti Johor 278 kes dan Sabah sebanyak 247 kes.
Bagi kes kematian baharu, terdapat pertambahan satu kes kematian baharu dilaporkan melibatkan bukan warganegara di Hospital Tuaran menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 438 individu menurut Dr Noor Hisham.
Setakat ini, terdapat sebanyak 190 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh akibat COVID-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 1,084 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 78,393 kes.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#COVID-19
#KKM
#koronavirus
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan